fbpx

Londeh cerita ‘gajah Azal berdiri’, Zarina Zainuddin memalukan anak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Zarina menyiarkan rakaman perbualan bersama anak syurga tentang 'gajah berdiri'pada waktu pagi dikutuk netizen.

PETALING JAYA – Disifatkan keterlaluan dalam keterbukaan mendedahkan hal tidak wajar sebagai ibu, perkongsian video pelakon Zarina Zainuddin bersama anak lelakinya Azal yang bercerita mengenai keadaan alat sulit mendapat teguran keras daripada netizen.

Rata-rata menganggap aduan Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, berhubung situasi dilalui ketika bangun pagi sepatutnya tidak disebarkan kepada umum.

Dalam video berkenaan, Azal, 28 tahun yang juga autism bercerita kepadanya mengenai keadaan alat sulitnya yang ‘berdiri’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi.

“Dah naik ke atas, jadi keras. Takut dia berdiri, macam gajah,” kata Azal .menerusi video berkenaan.

Menerusi ruang kapsyen, pelakon terbabit menzahirkan dia agar anaknya itu membesar dengan sihat.

“Azal dah besar dan 28 tahun dah usianya, macam ini kalau orang lain dah kahwin.

“Semoga anak ibu terus sihat, jadi anak yang baik ya sayang. Kasihan Azal,” luah Zarina tentang keadaan tidak normal anak autismenya itu.

Dalam ruangan komen, ramai pengguna media sosial menasihatkan ibu kepada empat putera itu agar berpada-pada dan tidak membuka aib anak syurganya dalam laman sosial.

Ada dalam kalangan pengikut Instagramnya turut mengakui terkejut selain tidak percaya, Zarina sanggup mendedahkan hal dalam kain anak lelakinya itu kepada umum.

“Padamlah hantaran ini puan. Bukan semua perkara perlu dikongsi,” kata seorang netizen.

“Tak perlu puan, jaga aibnya. Semoga Azal dilindungi Allah selalu dan dipermudahkan urusan puan menjaganya,” ujar seorang pengikut.

“Kenapa kongsi puan, jagalah aib anak. Jangan jadikan dia bahan ketawa,” tulis pengguna media sosial lain.

“Malu Azal sebab mak  tak jaga aib anak,” tegur seorang netizen.

Menerusi semakan Kosmo! Online, usahawan berusia 53 tahun itu masih membiarkan video tersebut menjadi tatapan umum sejak dimuatnaik dalam Instagram beberapa jam lalu.

Ketika berusia tiga tahun Azal disahkan sebagai autisme sederhana, manakala kembarnya Azil adalah autisme tahap hiper.

Kedua-duanya dikenali ramai setelah Zarina sering berkongsi perjalanan serta pengalamannya sebagai seorang ibu kepada sepasang kembar autisme di media sosial. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI