fbpx

Tambahan lorong di Lebuh Raya Shah Alam, laluan ditutup sehingga September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan kerja-kerja penambahan lorong.

PETALING JAYA – Kesas Sdn. Bhd. memaklumkan penutupan lorong dan lencongan dari persimpangan Hicom ke hentian sebelah Hicom berikutan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan di laluan utama Lebuh Raya Shah Alam (LSA) sehingga September depan.

Kesas dalam kenyataan berkata, penutupan sementara itu akan dilakukan bermula hari ini dari pukul 11 malam hingga 5.30 pagi setiap hari.

“Selaras dengan usaha dan komitmen berterusan dalam tindakan mitigasi untuk mengurangkan kesesakan, Kesas akan melaksanakan kerja-kerja penambahan lorong di laluan utama LSA.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung September depan,” katanya hari ini.

Menurutnya, penambahan dari tiga ke empat lorong di laluan utama itu bertujuan untuk menyediakan perjalanan yang lebih lancar, mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan bagi pengguna lebuh raya.

“Pihak Kesas memohon maaf atas sebarang kesulitan daripada penutupan lorong sementara dan berterima kasih kepada pengguna lebuh raya kami atas sokongan yang diberikan, semasa kami berusaha untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan.

“Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bantuan Kesas di 03-5633 7188 atau layari laman sesawangwww.kesas.com.my selain media sosial rasmi Facebook (lebuhrayashahalam) serta X (@kesastrafik),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI