fbpx

72 bahagian usul pembebasan ‘Bossku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 72 daripada 171 bahagian telah mengusulkan pengampunan penuh diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usul berkenaan merupakan antara usul yang tertinggi diterima oleh ibu pejabat selepas kesemua bahagian terlibat bermesyuarat.

“Ibu pejabat menerima usul daripada 171 bahagian. Usul tertinggi yang diperolehi daripada 72 bahagian adalah untuk kita terus menuntut keadilan dan pengampunan penuh kepada ‘Bossku’, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sesungguhnya selagi ‘Bossku’ terperangkap di sebalik tirai besi, suara dan ikhtiar Umno tidak akan pernah terhenti. Malah berilah kepercayaan dan keyakinan penuh kepada pimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Terdahulu, Asyraf turut memaklumkan seramai 3,447,445 orang ahli UMNO yang didaftarkan ketika ini iaitu pertambahan sebanyak 46,055 ahli.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI