JAKARTA – Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews.
Kejadian berlaku sekitar pukul 10.10 malam (waktu tempatan) di Jalan Adipura, bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan sebuah motosikal dinaiki tiga kanak-kanak terbabit menghampiri sebuah rumah.
Salah seorang kanak-kanak itu turun lalu melepaskan anak panah ke arah seorang lelaki yang berada di dalam rumah tersebut sebelum mereka melarikan diri.
Menurut Ketua Polis Panakkukang, Muhammadi Mustari, ketiga-tiga suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.
“Suspek berjaya ditahan dan diserahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Anak (PPA) manakala motif serangan masih belum diketahui,” kata Muhammad.
Tambah Muhammad, busur panah yang digunakan turut disita oleh polis. – AGENSI