fbpx

LHDN nafi ada akaun TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen akaun palsu LHDNM pada satu video yang dimuat naik di TikTok.

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan agensi itu memiliki akaun TikTok seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini, pihaknya hanya mempunyai akaun rasmi media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube bagi memudahkan komunikasi dengan orang ramai.

“LHDNM ingin memaklumkan bahawa agensi ini tidak mempunyai akaun TikTok seperti yang tular di media sosial beberapa hari ini,” katanya di sini hari ini.

LHDNM berkata, bagi mengelakkan identiti agensi itu daripada terus disalahguna, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa terdekat.

“LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran di media sosial,” katanya.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara tersebut boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat.

Maklum balas juga boleh dihantar melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Terdahulu tular di laman sosial tangkap layar komen dipercayai daripada akaun palsu TikTok LHDNM yang meminta seorang lelaki menyediakan dokumen berkaitan selepas dia menunjuk-nunjukkan kemewahannya.

Dalam komennya, akaun palsu yang menggunakan nama dan logo rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri itu berkata, “Ready (sediakan) semua dokumen K (okay). Ingat kami takde (tiada) TikTok ke.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI