fbpx

[VIDEO] ‘Asal malam, dia berubah tempat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan patung beruang dibakar ekoran pemiliknya mengalami kejadian misteri.

PETALING JAYA – Seorang pemilik patung beruang mendakwa mengalami kejadian seram apabila permainan kesayangannya itu sering berubah tempat setiap kali waktu malam.

Berikutan itu, dia bertindak membakar patung beruang tersebut bagi mengelakkan kejadian pelik yang lebih parah.

“Asal malam ja dia berubah tempat, terpaksa bakar sebelum benda pelik jadi”, kata pemilik tersebut menerusi kapsyen video TikTok @amirul99 yang menunjukkan patung beruang itu dibakar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kisah seram pernah diganggu patung beruang.

“Aku punya patung beruang pun dah kena bakar sebab ada benda lain yang menumpang. Dulu memang sayang gila kat patung tu, tapi bila dah tau ada benda menumpang terus aku jadi seram,” kata iedaa.

“Pernah jadi macam ni. Benda tu menumpang duduk dekat ‘teddy bear’. Patung tu letak atas katil. Masa tengah tidur tiba-tiba terdengar ada orang panggil nama betul-betul kat telinga dan bila buka mata nampak patung tu menghadap,” cerita eyrashira.

“Adik aku pernah kena kacau. Pukul 2 pagi adik telefon beritahu patung tu tengok dia. Patung tu kepunyaan arwah teman wanitanya, dia bawa balik,” kata Khairie Exzuan.

Tambah seorang lagi warga maya @Syhniaida, kakaknya memiliki patung ‘teddy bear’ dan pada satu malam, dia terjaga dan ternampak patung itu memusingkan kepala ke arahnya dan merenungnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, @Mek_AwienaAku memberitahu dia nampak mata patung beruang itu seperti marah ketika dibakar.

Video berdurasi 20 saat itu mendapat tanda suka 163,800 dan jumlah tontonan sebanyak 5 juta.- KOSMO! ONLINE

@amirul3157 seram.. #fyppppppppppppppppppppppp #Fyp #seram ♬ Istighfar – Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Shahar Al-Hafiz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI