fbpx

Pekerja kilang parah tangan tersepit mesin sabut kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tangan mangsa tersepit pada mesin membuang sabut kelapa di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Seorang pekerja kilang warga Bangladesh berdepan detik cemas selepas tangannya tersepit dalam mesin membuang sabut kelapa, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Miraj Hossain, 35, diselamatkan anggota bomba dan dilaporkan parah pada pergelangan tangan kanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Mohd. Azroisan Wahab berkata, anggota yang tiba di lokasi segera melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

Katanya, ketika kejadian, mangsa sedang melakukan rutin kerja harian di kilang berkenaan.

“Pasukan bomba melakukan operasi dengan menggunakan peralatan khas untuk merenggang komponen mesin bagi mengeluarkan tangan mangsa.

“Selepas hampir 47 minit, tangan mangsa berjaya dikeluarkan daripada mesin dan lelaki itu diberi rawatan awal oleh petugas perubatan sebelum dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI