fbpx

Sultan Nazrin berkenan rasmi UiTM Kampus Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua dari kanan) berkenan melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah, Tapah Road, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan isteri, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Majlis bersejarah perasmian cawangan UiTM kedua di negeri ini itu dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak, bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak perasmian.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahrin dalam sembah ucapannya berkata, perasmian UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah merupakan asas yang kukuh bagi sebuah universiti berasaskan sains dan teknologi yang perlu diperluas peranannya dalam pembangunan, penyelidikan dan inovasi dalam negara.

“UiTM telah membuktikan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan warganya hingga ke peringkat antarabangsa antaranya QS World University Rankings 2024 telah melonjak 102 anak tangga kepada kedudukan ke-555 di peringkat dunia dan yang ke-10 terbaik di negara ini.

“Selain itu, UiTM turut meraih kedudukan berprestij dengan berada pada kedudukan ke-98 dan tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia dalam penarafan QS Asia University Rankings 2024,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry dalam sembah ucapannya berkata, pelbagai tindakan perlu dilakukan bagi memastikan bakal graduan instisusi pengajian tinggi sentiasa bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI