fbpx

KDN sedang semak Akta 7 – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyemak semula Akta Pendaftaran Penjenayah Dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting bagi membolehkan nama yang tersenarai bawah akta itu ‘dibersihkan’ dan memberikan mereka peluang kedua.

Beliau berkata, pihaknya telah memulakan siri perbincangan dalaman yang dijangka tidak mengambil masa lama untuk ke peringkat seterusnya.

“Hasrat (semakan akta) sebenarnya adalah untuk melihat kembali akta itu sebab nama-nama sudah mencecah tujuh digit.

“Semakan itu penting bagi membolehkan mereka (dalam senarai) diberi peluang kedua. Mudah untuk mereka minta lesen perniagaan, pergi keluar negara dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Nama-nama yang tersenarai bawah akta itu termasuk mereka yang terlibat jenayah telah melalui proses jatuh hukuman selain rayuan ditolak. Senarai penama juga terdiri daripada mereka yang disiasat polis namun, tidak dituduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI