fbpx

Buruh noda remaja OKU lembam dijel 7 tahun, satu sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mamat (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan merogol remaja OKU di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh dipenjara tujuh tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) lembam berusia 14 tahun pada Februari lalu.

Tertuduh, Mamat Noor, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi pada 28 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mamat dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya dengan alasan perlu menanggung empat orang anak selepas isterinya meninggal dunia lapan tahun lalu.

Ahmad Faiz Fitri bagaimanapun menegaskan bahawa perbuatan itu perlu diambil tindakan setimpal dan enayah seksual terhadap OKU yang mempunyai tahap pemikiran rendah perlu dipandang serius.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara tujuh tahun bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 Februari lalu dan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI