fbpx

Cef Zam berang sambal nasi lemak kena ‘add on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Cef Zam meluahkan rasa kesal ketika makan di sebuah restoran dalam Lapangan Terbang Subang Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Zamzani Abdul Wahab ‘naik angin’ selepas mendakwa sebuah restoran terkemuka menjual nasi lemak dengan harga yang tidak berpatutan.

Zamzani atau lebih dikenali sebagai Cef Zam memuat naik video luahannya itu di platform TikTok sehingga meraih hingga 2 juta penonton.

Katanya, restoran terkenal yang terletak di dalam Lapangan Terbang Subang Jaya itu mengenakan caj tidak sepatutnya jika pelanggan inginkan sambal dalam nasi lemak kosong yang dibeli.

“Beli set nasi lemak datang dengan satu nasi dengan dia ‘promote’ (promosi) dia punya rendang ayam baru. Ini saya tak makan seketul pun lagi ya, boleh nampak ‘portion’ dia berapa ketul sangat ayamnya. Harga RM9.90.

“Kemudian saya bukalah nasi lemak, dalam tak ada sambal. Nasi lemak kosong. Dia jual RM5 lebih, nak sambal tambah lagi duit.

“Penipu sahaja hidup, jangan cuba nak tipu duit pelanggan ya. Sejak bila beli nasi lemak kalau nak sambal kena tambah duit lain,” luahnya berang.

Tambah Cef Zam lagi, dia sungguh kecewa dengan restoran terkemuka kerana dianggap telah mempromosikan iklan hidangan yang indah khabar daripada rupa.

Sementara itu, di ruangan komen ramai yang bersetuju dengan tindakan Cef Zam menularkan restoran terbabit kerana harganya yang tidak berpatutan dengan jumlah hidangan yang sedikit.

“Dulu saya memang suka makan dekat restoran ni, tapi lama-kelamaan kualiti pun dah ‘out’ tambah pula naik harga mendadak,” komen Leana.

“Kita boikot kedai macam ini. Terima kasih Cef Zam sebab bersuara. Kami sekeluarga dah pernah kena, tapi nak bersuara takut. Malas nak gaduh satu hal,” komen Nurul.

“Isunya bukan harga mahal, tapi isunya adalah sambal nasi lemak pun kena tambah duit lain. Jadi tak munasabah sebab orang jual nasi lemak mesti ‘complete’ dengan sambal sekali. Melainkan nak sambal tambah,” komen Hakim pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI