fbpx

Mayat bilionair ditemui 3 hari selepas kapal mewah karam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa yang hilang sehari selepas kapal layar mewah karam pada 20 Ogos lalu. - AFP

ROM – Operasi mencari dan menyelamat dihentikan selama semalaman selepas lima mayat ditemui termasuk bilionair, Mike Lynch dan anak perempuannya yang di usia remaja, lapor sebuah akhbar Britain.

Perkembangan itu berlaku tiga hari selepas pencarian dilancarkan sejak kapal layar mewah yang mereka naiki, Bayesian karam awal pagi Isnin lalu, menjadikan angka korban berjumlah enam orang, manakala seorang lagi masih hilang.

Pasukan penyelamat terdiri daripada lapan penyelam menggiatkan usaha mencari serpihan kapal dan satu mayat yang masih selain individu hilang tersebut. 

Menurut Ketua Agensi Perlindungan Awam Sicily, operasi tersebut akan disambung semula hari ini. 

“Dua mayat yang ditemui dikenal pasti sebagai Mike Lynch, 59 dan anak perempuannya, Hannah yang berumur 18 tahun. 

“Mayat cef Kanada-Antigua, Recaldo Thomas ditemui pada Isnin lalu, manakala penumpang ketujuh masih hilang,” katanya.

Kapal Bayesian tenggelam selepas dibadai belalai air (waterspout), fenomena menyerupai puting beliung di permukaan air dan  jarang berlaku. 

Kapal sepanjang 56 meter itu dilaporkan membawa 22 orang termasuk warga Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. 

Kira-kira 15 penumpang berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian. 

Kira-kira 50 pekerja kecemasan masih membantu dalam operasi tersebut.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Marin United Kingdom turut membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI