fbpx

Pekerja binaan warga asing maut tertimbus runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa lelaki yang tersepit dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Lama Tuaran, Bandar Sierra petang tadi. - Foto: Ihsan Bomba

KOTA KINABALU – Seorang pekerja binaan maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Lama Tuaran, Bandar Sierra petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang juga warganegara Indonesia, Sukirman Rappe, 43, dipercayai sedang melakukan kerja pengambilan tanah menggunakan jengkaut di lokasi terbabit.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba tanah di kawasan berkenaan runtuh sehingga mengakibatkan mangsa tersepit di celah runtuhan.

Pegawai Bamba Kanan II, Rozam Shah Rahmat berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang.

“Saya bersama sepasukan lapan anggota diarah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Mangsa didapati tersepit di dalam runtuhan tanah sebaik tiba bomba di lokasi kejadian.

“Operasi menyelamatkan segera dijalankan dan mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada pukul 5.12 petang namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Rozam Shah berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI