fbpx

EPL: Polisi perpindahan rugikan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETO menandatangani kontrak bersama Chelsea biarpun dia dikaitkan dengan Liverpool sejak beberapa musim lalu. - AFP

LONDON – Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher mengakui kecewa dengan polisi perpindahan pemain The Reds kali ini terutama ketika mereka terlepas peluang mendapatkan Pedro Neto.

Bekas pemain Wolverhampton itu beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield, namun akhirnya Chelsea mengambil tindakan pantas dengan menandatanganinya musim ini dengan nilai perpindahan £54 juta (RM307.01 juta).

Setakat ini, pengendali baharu Liverpool, Arne Slot masih belum mendapatkan mana-mana pemain baharu kecuali dilaporkan bakal membawa masuk penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili.

“Saya fikir dia (Neto) adalah pemain yang perlu beraksi dengan pasukan terbaik di dunia. Dia adalah pemain Wolves yang saya sentiasa melihat aksinya sejak tiga atau empat tahun lalu.

“Saya selalu bayangkan ia menjadi suatu yang hebat apabila Liverpool berjaya mendapatkan khidmatnya. Ketika Neto dalam keadaan cergas, kepantasan, kualiti bersama bola dan cara dia menjaringkan gol cukup istimewa.

“Jika Chelsea mampu memastikan dia sentiasa cergas tanpa kecederaan, dia akan menjadi pemain yang hebat. Saya sering kecewa apabila dia cedera, walaupun Wolves bukanlah pasukan kegemaran saya,” jelasnya.

Neto hanya diturunkan sebagai pemain gantian ketika Chelsea tewas menentang Manchester City, namun mungkin berada dalam kesebelasan utama ketika The Blues berdepan Servette pada aksi playoff Liga Konferens Europa awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI