fbpx

EPL: Maresca gagal kesan kelebihan Palmer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER berjaya memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) untuk musim 2023/24. - AFP

LONDON – Legenda England, Michael Owen percaya bahawa Pengurus Chelsea, Enzo Maresca telah meletakkan Cole Palmer di posisi yang silap menyebabkan pemain itu sukar mengeluarkan potensi secara optimum.

Palmer muncul sebagai pemain terbaik The Blues musim lalu dengan meledak 27 gol dan 15 umpanan jaringan selepas melengkapkan penghijrahan dari Manchester City.

Bagaimanapun, banyak pihak yang terkejut melihat aksi yang dipamerkan pemain itu pada perlawanan tersebut apabila hanya mampu memberikan sedikit impak ketika Chelsea tewas 0-2 menentang City pada aksi pertama musim ini.

Ketika di bawah kendalian Mauricio Pochettino, Palmer biasanya digunakan sebagai pemain di posisi No. 10 dan beroperasi di bahagian sayap kanan sebelum masuk ke tengah untuk melakukan serangan.

Bagaimanapun, Maresca menggunakan pendekatan berbeza apabila Palmer lebih banyak berada di bahagian sayap dan tidak diberikan tugas menggempur menyebabkan potensi tersebut dilihat sedikit berkurangan.

“Saya pasti pengurus melihat betapa bagusnya Palmer musim lalu dan posisi yang dia beraksi. Anda perlu tahu pemain anda dan posisi terbaik yang dia boleh beraksi. Memberikan tugas di kawasan yang dia tidak biasa bukan satu keputusan yang baik.

“Jika saya seorang pengurus, Palmer akan berada dalam kesebelasan utama dan diberikan posisi yang dia gemari. Apa yang berlaku di Chelsea mereka membawa masuk ramai pemain dan cuba untuk mengubah posisi semua mereka,” kata Owen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI