fbpx

Pau Marti rasmi dilantik pengendali Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente ditemui ketika sidang media pengumuman skuad Harimau Malaya ke Pestabola Merdeka 2024 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. Foto oleh Saddam Yusoff/KOSMO!

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya sehingga kempen Piala AFF 2024 yang akang berlangsung pada Disember depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihak persatuan sepakat untuk menaikkan pangkat Pau Marti secara rasmi dan tidak lagi menggalas tugas sebagi pemangku seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“Selepas Kim Pan-gon meletakkan jawatan bulan lalu, FAM telah mendedahkan bahawa Pau Marti menggalas tugas selaku pemangku ketua jurulatih.

“Namun, pihak persatuan telah sepakat untuk membuat penstrukturan semula kontrak Pau Marti dengan menjadi ketua jurulatih yang baharu sehingga Piala AFF 2024.

“Kedudukan Pau Marti kemudian akan diputuskan oleh pengurusan FAM berdasarkan situasi semasa nanti,” kata Noor Azman pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Sementara itu, pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido turut dinaikkan pangkat menjadi penolong ketua jurulatih kepada Pau Marti sepanjang kempen antarabangsa nanti.

Pau Marti hari ini telah memanggil 26 pemain untuk mengharungi kempen Pestabola Merdeka 2024 dengan kem latihan pusat bermula pada 29 Ogos depan.

18 daripada 26 pemain dari skuad bagi kem latihan terakhir telah dikekalkan dengan tambahan lapan pemain baharu yang kembali disenarai bagi saingan Pestabola Merdeka nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI