fbpx

Kapsul Masa 1995 dipamer buat pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsul Masa 1995 dipamer buat pertama kali di festival Floria Diraja Putrajaya 2024, bermula esok.

PUTRAJAYA – Kapsul masa yang ditanam sempena Majlis Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 bakal dipamerkan buat kali pertama untuk tontonan umum di festival Floria Diraja Putrajaya 2024, di sini bermula esok.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, selain menikmati keindahan lebih 700,000 bunga dan tumbuhan, kapsul masa itu menjadi antara tarikan boleh dilihat pengunjung di laman pameran PPj.

“Setelah dua tahun kita tidak menganjurkan Floria, kali ini kita bawa sesuatu yang istimewa di tengah-tengah bandar Putrajaya (pesisiran tasik Presint 2) iaitu lokasi asal dimana kita mengadakan Floria pada 2004.

“Kelainan pada kali ini, orang awam yang hadir boleh melihat Kapsul Masa selepas ditanam pada 1995. Kita telah buka pada 2020, tapi memandangkan ketika itu pandemik Covid-19, jadi esok kita mula buka kepada umum (lihat) kapsul masa yang ditanam oleh Perdana Menteri keempat,” katanya kepada pemberita selepas sesi Walkabout Media sempena Floria Diraja Putrajaya 2024 di sini hari ini.

Kapsul masa tersebut merupakan penandaan bersejarah bagi Putrajaya dan telah ditanam oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Majlis Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 di Mercu Tanda Taman Putra Perdana.

Ia mengandungi sejarah dan perkembangan Putrajaya termasuk senaskhah kertas Kabinet mengenai pembangunan Putrajaya, perjanjian Putrajaya, Enakmen Putrajaya Pelaksanaan Fungsi 1995, Akta Perbadanan Putrajaya (Akta 536), laporan teknikal perancangan dan pembangunan serta risalah korporat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI