fbpx

Muncul lima pasukan terbaik sasaran Akram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM mahu membalas kepercayaan The City Boys dengan memastikan pasukan mampu muncul antara pencabar dalam saingan Liga Super musim depan.

PEMAIN tengah bertahan Kuala Lumpur United FC, Muhammad Akram Mahinan memasang impian besar untuk memastikan mereka mampu muncul antara pencabar dalam saingan Liga Super musim depan selepas melanjutkan kontrak selama setahun lagi bersama pasukan itu.

Akram, 27, percaya ramuan pemain tempatan dan import berkualiti, selain pengurusan yang komited mampu memboleh­kan The City Boys memberi sai­ngan sengit kepada gergasi-gergasi tanah air dalam usaha memecah masuk dalam kelompok lima terbaik Liga Super 2021.

“Tanggungjawab semakin besar kerana tahun depan kami akan bersaing pada Liga Super. Saya harap dapat beri prestasi lebih baik kepada Kuala Lumpur (KL) yang telah menawarkan kontrak setahun lagi kepada saya.

“Sasaran peribadi saya mahu memastikan KL dapat menduduki kelompok lima terbaik (Liga Super). Berdasarkan kualiti pemain sedia ada dengan kemasukan import dan muka-muka baharu, saya percaya ia boleh dilakukan.

“Pihak pengurusan juga dilihat serius menguatkan pasukan. Jadi, kami juga akan cuba jadi pencabar untuk tempoh setahun sahaja,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Kemampuan jentera serangan KL bimbingan pengendali dari Chile, Simon Elissetche dilihat lebih menyerlah dengan kemasukan dua pemain berbisa dalam jentera serangan baru-baru ini iaitu Mohd. Safee Mohd. Sali dan Muhammad Hadin Azman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur United FC, Stanley Bernard dikatakan mempunyai pe­rancangan lebih menarik untuk memastikan pasukan itu kembali menikmati zaman ke­gemilangan seperti era 80-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI