fbpx

‘Bukan tiada baju kontinjen, cuma tidak sempat ambil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bola sepak Kelantan yang menyertai Sukma Sarawak 2024 semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak, baru-baru ini. Foto FACEBOOK ZAMAKHSHARI MUHAMAD

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menafikan pasukan bola sepak Kelantan dianaktirikan dan terabai dengan tidak diberikan elaun termasuk pakaian rasmi kontinjen untuk bertanding pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 di Kuching, Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhammad berkata, Majlis Sukan Negeri (MSN) sentiasa menjaga kebajikan setiap atlet dan pasukan yang mewakili negeri ini pada temasya dwitahunan itu.

Menurutnya, pasukan bola sepak Sukma Kelantan turut dibekalkan pakaian rasmi kontinjen sama seperti semua atlet dan lain-lain pasukan yang mewakili negeri.

“Dalam kes pasukan bola sepak, pihak pengurusannya telah menjelaskan mereka tidak sempat pulang ke Kelantan untuk mengambil pakaian rasmi kontinjen kerana berlepas awal ke Sarawak selepas terlibat dalam perlawanan Piala Presiden menentang Sabah FC di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Ogos lalu.

“Kelengkapan pakaian rasmi pasukan telah siap pada masa ditetapkan, cuma berlaku kelewatan beberapa kelengkapan seperti beg oleh pembekal untuk dihantar ke pejabat MSN Kelantan,” katanya, selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa pasukan bola sepak Sukma Kelantan tidak menerima elaun, pakaian rasmi kontinjen dan bantuan untuk menyertai temasya Sukma Sarawak 2024.

Dakwaan tersebut dikeluarkan selepas pasukan bola sepak Kelantan berjaya menewaskan pasukan Johor yang dibarisi kebanyakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada aksi suku akhir temasya itu.

Mengulas mengenai baju berwarna warni yang dipakai barisan pemain semasa makan, Zamakhshari berkata, perkara itu disebabkan pakaian rasmi skuad Piala Presiden Kelantan FA dihantar ke dobi untuk dibersihkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI