fbpx

Saman RM100 juta: Semua orang ada hak failkan saman – KP KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi ketika sidang akhbar di IPK KL, hari ini.

KUALA LUMPUR – “Saya antara yang disaman, semua orang ada hak untuk failkan saman atau apa-apa tuntutan di mahkamah. Saya tidak boleh komen (lanjut) pasal ini (saman) saya pun tak terima lagi writ saman itu jadi kita tunggu.”

Itu kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota pasukan keselamatan itu memfailkan writ saman keseluruhan berjumlah RM100 juta terhadap PDRM dan sepuluh defendan lain.

Tiga individu tersebut ialah Fabian Anak Rungan, Dennis Anak Enit dan Mohd Azlan Sakaran yang bertindak selaku plaintif.
Selain jumlah saman itu, empat individu tersebut turut menuntut ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Lincon & Company diketuai peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon pada 15 Ogos lalu.

Kesemua plaintif menamakan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Asisten Komisioner Ts. Dr. Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintendan Yusman Shahri Marinsah dan Ketua Polis Negara sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Mat Zaki menerusi kenyataannya berkata, walaupun pihaknya dan lain-lain plaintif sudah dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun tindakan itu diambil selepas beliau dan kesemua bekas anggota ESSCOM sebelum ini berasa terus ditekan daripada pelbagai sudut.

“Selain itu, ada antara kami dipindahkan keluar daripada ESSCOM selain ada dipindah keluar dari kontinjen Sabah tanpa sebarang justifikasi jelas.

“Walaupun kami masih dalam proses untuk pulih daripada kesan trauma disebabkan oleh tuduhan salah yang mereka buat tetapi hal ini seolah-olah memperlihatkan kami bersalah,” katanya.

Mat Zaki dalam kenyataan sama berkata, semua plaintif terus ditekan, dimalukan dan rayuan tidak dilayan.
Menurutnya, mereka terpaksa mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan sebagai langkah mahu memulihkan maruah di mata masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI