fbpx

PAU 2024: Fokus tarik sokongan orang muda – Salleh Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salleh Said.

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang bermula secara rasmi hari ini hingga 24 Ogos depan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur perlu memberi fokus terhadap generasi muda.

Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, perjalanan UMNO bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukan sedia ada, tetapi juga perlu meluaskan pengaruh parti itu terutama dalam kalangan pengundi muda yang merupakan penentu masa depan negara.

“Sudah tiba masanya untuk melibatkan diri, mendengar, dan menyelaraskan dengan aspirasi belia, memastikan suara mereka bukan sahaja didengar tetapi juga disepadukan ke dalam dasar dan keputusan,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Pada masa sama, beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menyeru agar penganjuran PAU 2024 ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan strategi dan meningkatkan semangat keazaman baharu dalam usaha membina UMNO yang lebih kukuh.

Katanya, UMNO juga perlu dilihat sebagai sebuah parti yang lebih inklusif, berakar pada prinsip serta pantas dalam merangkul peluang yang menanti.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini, Salleh berkata, situasi itu jelas menunjukkan partinya berada di landasan kemajuan.

“Kemenangan pilihan raya kecil baru-baru ini menjadi bukti dedikasi dan kesetiaan ahli parti yang tidak berbelah bahagi.

“Adalah jelas bahawa parti itu berada di landasan kemajuan, berhubung semula dengan penyokong teras dan meningkatkan semangat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI