PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda 11 negeri sehingga 9 malam hari ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak di kawasan Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Cuaca buruk juga melanda beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Di Terengganu pula berlaku di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” lapor MetMalaysia.
Selain itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut melanda Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).
“Di seluruh Kuala Lumpur juga menerima cuaca sama begitu juga di Negeri Sembilan. Cuaca buruk turut melanda beberapa tempat di Johor iaitu Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Sarawak pula melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Matu dan Dalat) dan Limbang (Lawas),” katanya.
Di Sabah juga menerima cuaca buruk yang sama di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Tongod)
Tidak ketinggalan, cuaca buruk turut berlaku di seluruh kawasan Labuan.- KOSMO! ONLINE