fbpx

Polis jumpa petunjuk baharu conteng mural

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota MBSA mengecat semula dinding kawasan mural potret gergasi pemimpin yang telah diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

SHAH ALAM – Polis telah menemui beberapa petunjuk berhubung kejadian menconteng mural gergasi potret beberapa pemimpin negara dengan perkataan kesat di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, petunjuk itu mempunyai kaitan dengan dua wanita yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya yakin dapat menyelesaikan dalam masa terdekat.

“Buat masa ini kita telah ada target (sasaran) dan ada beberapa petunjuk, kita akan teruskan siasatan.

“Namun, saya tidak boleh cakap mengenainya sekarang dan biar kita lakukan siasatan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan pasukan petugas khas bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi projek inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan empat mural gergasi memaparkan potret Al-Sultan Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu disedari diconteng kira-kira pukul 8 pagi.

Kejadian itu disedari oleh pekerja sebuah restoran berdekatan selepas melalui kawasan mural tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI