BANGKOK – Seorang pemandu warga tempatan berusia 38 tahun hilang kawalan dan keretanya terbalik selepas dia terlelap ketika memandu, lapor portal berita Pattaya News semalam.
Kemalangan berlaku di Pattaya sekitar pukul 1.46 pagi (waktu tempatan).
Pasukan penyelamat menerima laporan tentang kemalangan kereta itu di Soi Khao Talo, daerah Banglamung.
Mereka segera pergi ke tempat kejadian bersama wartawan daripada pasukan The Pattaya News.
Sejurus tiba, pihak berkuasa mendapati sebuah kereta berwarna hitam terbalik di tengah jalan.
Pemandu yang dikenali sebagai Supasin Thongpan dan berusia 38 tahun ditemui di dalam kenderaan itu.
Anggota-anggota penyelamat berjaya mengeluarkannya dan mangsa kelihatan tidak cedera.
Supasin berkata, ketika memandu menuju ke Jalan Sukhumvit di Pattaya, dia tiba-tiba terlelap.
Apabila tersedar, keretanya telah merempuh dua trak pikap menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan terbalik.
Lelaki itu kemudian ditahan oleh polis untuk ujian alkohol kerana dia didakwa mabuk semasa kejadian. – AGENSI