fbpx

Sepang sasar 200,000 penonton banjiri GP Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANG 12 NOVEMBER 2023 - Para peminat yang hadir bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyasarkan rekod kehadiran penonton teramai dalam sejarah penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dengan jumlah 200,000 yang akan membanjiri litar ikoni negara tersebut bermula dari 1 hingga 3 November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif percaya, kehangatan perlumbaan MotoGP yang kian memuncak terutama perebutan gelaran dunia dapat meningkatkan kehadiran penonton dalam dan luar negara untuk bertandang ke litar kebanggaan negara pada November nanti.

Katanya, pelbagai atur cara telah dirancang pihaknya termasuk menganjurkan festival konsert ‘After Race’ terutama untuk menghangatkan sambutan ulang tahun ke-25 Sepang dan juga menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-50 Petronas sekali gus mampu meningkatkan kehadiran penonton ke Sepang.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2024 – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim (empat kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif (dua kanan) bergambar pada sidang akhbar Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN

“Tahun ini adalah tahun yang istimewa di mana kita menyambut ulang tahun ke-25 Litar Sepang dan Petronas juga menyambut ulang tahun ke-50 mereka dan Dorna pula 75 tahun. Jadi, untuk meraikannya kita menganjurkan festival konsert After Race.

“Ketika ini, sebanyak 50 peratus tiket telah terjual dan sempena bulan Merdeka diskaun sebanyak 25 peratus ditawarkan kepada orang ramai sehingga 20 September ini.

“Kita harapkan tahun ini merupakan tahun lebih bermakna dengan tiga ulang tahun serentak di Sepang nanti dapat meningkatkan jumlah penonton. Kita sasar pengunjung untuk tahun ini kira-kira 200,000 pertambahan lebih kurang dalam 20,000 daripada tahun lepas,” katanya pada sidang media Grand Prix Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Tahun lepas, seramai 182,912 penonton MotoGP menyaksikan acara tahunan itu di Litar Antarabangsa Sepang dan mengatasi jumlah 163,567 penonton 2022.

Festival konsert After Race tersebut dijadual berlangsung pada 3 November bermula jam 4 petang hingga 12 pagi oleh kumpulan Smash, Mecklemore, Nidji, Feel Koplo, 6ixth Sense dan De Fam, manakala barisan artis fasa kedua bakal diumum pada September ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI