fbpx

Buang trauma, Cut Intan bawa anak ubati mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUT Intan kini fokus terhadap perkembangan emosi dan mental dua anak kecil yang pernah menyaksikan keganasan suami terhadapnya.

MASIH trauma dan mengalami lebam dipukul suami, pempengaruh Intan Cut Nabila kini fokus terhadap emosi dan mental dua anaknya yang sedang membesar.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, kesemua mereka kini bawah pemantauan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI).

Kedua-dua yang tidak didedahkan nama mahupun usia itu sudah dibawa berjumpa pakar psikologi memandangkan mereka pernah melihatnya dipukul Armor Toreador.

Bayi yang baru dilahirkan pada 24 Julai lalu itu pula sudah mendapatkan rawatan di hospital pada hari kejadian namun diperiksa sekali lagi Ahad lalu.

Menurut Cut Intan atau selesa disapa Intan, suaminya akan ditahan untuk siasatan selama 21 hari sebelum kes dibicarakan di mahkamah.

Pada masa sama, wanita yang berkongsi video dibelasah suami awal minggu lalu itu turut menangkis dakwaan mahu menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap lelaki berhati binatang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI