fbpx

Tidak ‘kejar’ lelaki rahsia wanita hidup 106 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARY Spiers tinggal di sebuah rumah warga emas bersama dua adiknya. - MEN Media

LONDON – Seorang wanita di Stockport, England yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-106 menyatakan, tidak ‘mengejar’ lelaki membuatkan dirinya kekal muda, lapor akhbar Metro UK.

Mary Spiers percaya bahawa tidak terlalu ghairah dalam mencari pasangan telah membantunya hidup lama.

“Saya tidak minum alkohol, tidak merokok dan tidak mengejar lelaki. Saya juga mempunyai kesedaran yang tinggi dan ia membantu untuk melalui masa yang sukar,” kata Spiers.

Spiers tinggal bersama dua adik perempuannya, Ruth dan Dorothy, di sebuah pusat jagaan warga emas dekat Stockport di Greater Manchester.

Keakraban bersama adik-beradiknya juga membuatkan dia lebih kuat dan tidak memerlukan orang lain.

“Saya mempunyai dua adik perempuan yang cantik dan kami sangat rapat. Kadang-kadang ia tidak mudah, tetapi kami melakukan segala-galanya bersama-sama,” tambahnya. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI