fbpx

Malaysia, India perkukuh kerjasama teroka peluang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Anwar dan para delegasi disambut oleh Modi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan, hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia dan India akan menekankan aspek kerjasama erat selain meneroka lapangan lain bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan yang telah sekian lama itu memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara sahabat.

“Hakikat itu terpacul saat penerimaan sambutan secara rasmi dalam penuh suasana persahabatan pagi ini.

“Ketibaan kami disambut oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Lawatan rasmi tiga hari beliau ke India yang bermula semalam itu, merupakan kunjungan sulungnya ke negara berkenaan sejak menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Terut mengiringi lawatan berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Digital Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing.

Anwar terdahulu berkata, usaha berterusan juga akan terus dipergiat di India bagi menarik para pelabur berpotensi untuk melabur di Malaysia.

“Kunjungan ini akan membuka peluang kepada saya dan rakan sejawat membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI