fbpx

Melaka perjelas isu gambar tular zoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri Melaka nafi Zoo Melaka tidak mengikut sop ditetapkan.

MELAKA – Kerajaan negeri ini memperjelaskan isu gambar tular di media sosial yang kononnya mendakwa Zoo Melaka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan adalah tidak tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, keadaan di dalam gambar itu sama sekali berbeza dengan pengamalan sebenar SOP di pusat konservensi tersebut.

Malah katanya, gambaran yang ditularkan itu juga dirakam dari sudut sisi yang memberikan ilusi jumlah pengunjung kelihatan padat.

“Kita telah lama mengehadkan kemasukan pengunjung iaitu daripada 3,000 dalam satu-satu masa kepada hanya 700 orang sahaja.

“Sepanjang minggu lalu, Zoo Melaka juga hanya mencatatkan seramai 12,000 pelawat, jadi situasi yang ditunjukkan di dalam gambar tular itu sama sekali tidak tepat dan berdasarkan kepada individu yang bertanggapan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan isu gambar tular berkenaan pada sidang akhbar selepas selesai melawati taman tema interaktif Dinosaur Encounter di Zoo Melaka, petang tadi.

Gambar tular tersebut turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegur agar setiap pihak terus patuh pada SOP ditetapkan dan tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberi kerajaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani memberitahu, lawatan di ruang pertunjukkan zoo juga telah dikurangkan daripada 600 kepada 250 penonton, namun sesi persembahan telah ditambah untuk memastikan semua pengunjung berpeluang menyaksikannya.

“Kita juga sebenarnya ada menerima rungutan daripada pengunjung mengenai SOP yang dikatakan terlalu ketat di Zoo Melaka sehingga mereka terpaksa berbaris panjang untuk masuk.

“Namun, pematuhan SOP ini amat penting, malah kakitangan di zoo juga perlu mengambil masa menjalankan proses sanitasi setiap kali selepas selesai persembahan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI