fbpx

Penduduk Pintu Geng patuh arahan kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda Kampung Pintu Geng

KOTA BHARU – Polis memuji sikap penduduk Kampung Pintu Geng yang mengambil inisiatif sendiri dengan mengurung diri di dalam rumah masing-masing selepas pelaksanaan Kluster Pintu Geng sejak Ahad lalu.

Ketua polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan pemerhatian, penduduk di kawasan itu bimbang dan terkejut apabila wabak Covid-19 tersebar di kawasan itu.

“Di kawasan Pintu Geng, kita tidak melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) malah kita hanya melakukan pemantauan dari semua aspek.

“Tindakan penduduk Pintu Geng amat baik, mereka sendiri kuarantin di dalam rumah kerana takut,” katanya.

Kosmo Online semalam, melaporkan, rata-rata penduduk yang tinggal di Kampung Pintu Geng di sini terkejut apabila wabak Covid-19 tersebar di kawasan itu sehingga mengakibatkan pengumuman Kluster Pintu Geng.

Lebih membimbangkan, banyak kedai makan di Kampung itu menjadi tumpuan penduduk sekitar yang tidak diketahui status kesihatan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI