fbpx

Polis tangguh rakam keterangan Muhyiddin esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR – Rakaman percakapan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini, ditangguh esok.

Tinjauan di lokasi mendapati lebih kurang 15 pengamal media menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri itu di pejabat MIDA sejak awal 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakam keterangan berkenaan ditangguhkan susulan peguam Muhyiddin berada di luar kawasan.

“Ada sedikit perubahan berkaitan urusan merekod keterangan Muhyiddin.

“Peguam beliau memaklumkan untuk menangguh rakam keterangan itu pada pukul 11 esok kerana peguam masih berada di Thailand,” ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, lokasi rakaman keterangan akan dijalankan di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, di sini, esok.

Pengamal media menunggu ketibaan Muhyiddin di Menara MIDA. – Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

Semalam Kosmo! melaporkan sebanyak 30 laporan polis diterima berkaitan ucapan Muhyiddin ketika berkempen di PRK Nenggiri sebelum ini.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang mengeluarkan titah murka terhadap Muhyiddin.

Ia berikutan ucapannya yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titahnya, kenyataan Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI