fbpx

Suami ‘gomen’ sangat bernilai sekarang, kena selalu pegang tangan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – “Selalu pegang tangan suami yang kerja gomen jika keluar, mereka sangat bernilai sekarang.”

Itu hantaran ringkas Pakar kewangan dan ­hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad di Facebooknya yang berseloroh susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam, baru-baru ini.

Gurauannya itu menimbulkan ‘kekecohan’ di ruangan komen sehingga ada yang menyifatkan ia bakal mencetuskan kerisauan terhadap pasangan masing-masing.

“Ha, sudah! Merisaukan mak cik, kakak dan isteri di luar sana,” kata Muhamad Haji Noh.

“Suami saya kerja sendiri, bukan ‘gomen’. Tapi kena genggam erat-erat juga,” komen seorang pengguna.

“Wanita sekarang ada aset sendiri. Suami yang kena waspada. Kan semua harta atas nama bini,” balas Mardhiyah Norzamani.

“Habis yang kerja swasta ni kita kena buat apa pula?,” soal seorang lagi pengguna.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, secara purata penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji melebihi RM500 selepas berlaku pelarasan gaji baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember ini, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI