KUCHING – Satu lagi rekod kebangsaan lebur di bumi Sarawak menerusi Andrew Goh dalam acara renang 100 meter kuak dada Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Dalam aksi di Pusat Akuatik Pandalela Rinong itu, Goh merekodkan catatan satu minit 01.39 saat, mengatasi rekod lama 1:02.30s yang juga miliknya yang dilakukan pada Terbuka Malaysia, Mei lalu.
Wakil Wilayah Persekutuan, Cham Yu Xiang meraih pingat perak (1:04.55s) manakala gangsa dimenangi Emmanuel Loh dari Sabah (1:04.98s). – KOSMO! ONLINE