fbpx

Sukma 2024: Jonah lebur rekod kejohanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGUH lontar peluru, Jonah Chang Rigan tepati ramalan untuk raih pingat emas Sukma 2024. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Jaguh lontar peluru Sarawak, Jonah Chang Rigan menepati ramalan apabila cipta rekod baharu Sukan Malaysia (Sukma) 2024 ketika raih pingat emas di Stadium Sarawak, sebentar tadi.

Pada saingan kali ini, atlet kelahiran Sarikei itu merakam catatan 17.66 meter (m) untuk mengatasi rekod lama milik Adi Aliffdin Husin yang dilakukan pada edisi 2010.

Walaupun beraksi dalam keadaan kurang selesa ekoran kecederaan dada, Jonah masih sukar digugat namun hasratnya untuk memecahkan rekod kebangsaan 18.46m miliknya tidak kesampaian.
. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI