fbpx

K2

Sedia teknik, cara kuasai pemasaran video pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVIN (tengah) bersama para peserta kursus pemasaran kuasai TikTok di Mantin, Negeri Sembilan baru-baru ini.

DALAM usaha memperluas dan memperkasa teknik pemasaran orang ramai menerusi platform media sosial, sebuah syarikat pendidikan korporat dan latihan, OE Academy tampil dengan inisiatif tersendiri menerusi program yang dilaksanakan.

Dengan jalinan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan, OE Academy menganjurkan kursus pemasaran TikTok: Jom Kuasai Pasaran TikTok bertempat di Mantin baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Wira Calvin Khiu berkata, kursus yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu membabitkan 100 peserta dalam kalangan pempengaruh media sosial yang hadir untuk mempelajari teknik dan strategi pemasaran video pendek.

“Kursus ini adalah salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat yang bertujuan mempromosikan pemasaran TikTok dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Objektif program tidak lain tidak bukan agar lebih ramai orang dapat menguasai strategi pemasaran video pendek, mempromosi perniagaan atau perkhidmatan sekali gus mencipta trafik di web,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Majlis Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Nicole Tan Lee Koon.

CALVIN ketika menyampaikan ucapan dalam kursus dianjurkan OE Academy.

Tambah Calvin, mutakhir ini, kaedah pemasaran dan promosi yang paling mudah dan dilihat efektif adalah menerusi platform media sosial.

“Anda hanya perlu merakam video dengan telefon pintar dan menggunakan kaedah yang betul untuk mengedit video pendek mencipta trafik,” katanya.

Tambahnya, program seharian itu turut mendapat maklum balas dan respons positif serta memberangsangkan daripada semua peserta usai kursus selesai.

LEE KOON menyifatkan kursus anjuran OE Academy dapat membantu lebih ramai mempromosi perniagaan.

Dalam pada itu, Lee Koon menyifatkan pengerusi OE, Calvin Khiu telah mencetuskan idea bernas menganjurkan kursus TikTok kerana aplikasi tersebut telah menjadi media sosial baharu yang bukan sahaja dapat membantu kerja-kerja promosi, tetapi menjana pendapatan.

“Saya berharap para peserta mendapat manfaat dan ilmu baharu daripada kursus ini.

“Harapan saya juga agar OE Academy dapat terus menganjurkan lebih banyak kursus yang berkualiti tinggi serupa ini pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta yang juga mempunyai perniagaan dengan jenama Bekam Care, Farhana Ramathan memberitahu, kursus tersebut amat membantu dirinya dalam apa yang diusahakannya kini.

Kata Farhana, sebelum ini dia pernah menyertai kelas online New Media Short Video dan hasil daripadanya telah mencatatkan peningkatan kepada 66,200 pengikut di media sosialnya.

“Kursus online tersebut membantu saya mempelajari cara dan kaedah positioning untuk akaun media sosial yang saya kendalikan.

“Bagi kursus pasaran TikTok yang saya hadiri pula, ia memberi peluang kepada saya untuk mengulang kaji serta mengaplikasikan semula apa yang telah dipelajari sebelum ini (kelas online).

“Menerusinya, saya mendapat banyak pengetahuan dan ilmu baharu mengenai trend pemasaran online terkini menggunakan platform media sosial TikTok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI