fbpx

Kenaikan gaji penjawat awam rangsang sektor pelancongan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (kanan) menandatangani gegantung Kempen Discover Langkawi Snap & Share Merdeka di LTAL di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu dijangka memberi kesan limpahan kepada industri pelancongan tempatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kenaikan gaji itu akan menggalakkan kakitangan kerajaan berbelanja dalam pasaran tempatan termasuk melancong ke pusat peranginan.

“Apabila penjawat awam mempunyai lebihan pendapatan, lebih baik kita mengambil peluang untuk mempromosikan cuti-cuti di Langkawi.

“Kini mereka mempunyai pendapatan yang lebih, mereka boleh berbelanja dalam pasaran tempatan sekali gus meningkatkan ekonomi negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Kempen Discover Langkawi Snap & Share Merdeka di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini hari ini.

Kata beliau, kenaikan tersebut juga adalah langkah ke hadapan yang akan membantu lebih 1.6 juta penjawat awam termasuk dalam menangani kenaikan kos sara hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI