fbpx

Lelaki hentak cermin kereta guna atap genting rupanya ‘tidak sihat’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman aksi seorang lelaki yang tular menghentak cermin kereta menggunakan atap genting di Taman Wing Onn, Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Lelaki yang tular kerana menghentak cermin kereta menggunakan kepingan atap genting dalam kejadian di Taman Wing Onn di sini dikenal pasti sebagai pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada Khamis lalu susulan laporan polis dibuat oleh mangsa pada Rabu lepas.

“Polis menerima laporan daripada lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan dibaling objek dan diketuk dengan atap genting.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas lelaki itu yang tinggal di kawasan perumahan sama untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan keatas lelaki itu mendapati dia merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental. Lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Suspek dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. Polis sedang melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI