fbpx

Kes denggi di Kelantan menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kes denggi di Kelantan mencatatkan penurunan iaitu 3,874 kes pada tahun ini berbanding 6,003 kes pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 35.5 peratus sekali gus mencatatkan jumlah kes terendah berbanding median lima tahun.

“Terdapat tujuh kes kematian akibat denggi dicatatkan pada tahun ini berbanding lapan kematian pada tahun lepas.

“Pada tahun ini juga, sejumlah 364 episod wabak denggi telah dilaporkan di negeri Ini berbanding 468 episod wabak denggi dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyeru lmasyarakat agar membuat pemeriksaan sendiri di persekitaran rumah atau premis masing-masing dengan memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah.

Katanya, sehingga kini, hasil pemeriksaan pasukan kesihatan di rumah adalah amat mengecewakan kerana masih terdapat banyak tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui meskipun pelbagai usaha, hebahan dan peringatan telah diberikan.

“Pemeriksaan pembiakan nyamuk aedes telah dijalankan di 367,887 premis dan rumah. Kita didapati sebanyak 15,762 premis mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

“Sebanyak 2,651 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai RM1,325,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

“Selain itu, 829 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes sepanjang tahun ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI