fbpx

Guru tarik rambut, tendang pelajar perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - NDTV

NEW DELHI  – Seorang guru di India digantung kerja kerana melakukan kekerasan dengan menarik rambut dan menendang seorang murid perempuan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku beberapa hari lalu di sebuah sekolah rendah milik kerajaan di Bisouli, negeri  Uttar Pradesh.

Menurut ketua pejabat daerah tempatan, Manish Kumar Singh, pihaknya menerima aduan tentang guru berkenaan yang dikenali sebagai Ajit Yadav. 

“Dia didakwa menarik tocang pelajar itu dan menendangnya,” kata Manish. 

Katanya, pegawai pendidikan tempatan melakukan siasatan mereka pada 13 Ogos lalu.

“Mangsa turut membuat aduan kepada pasukan penyiasat tentang kejadian ini,” tambah Ajit. 

Tambahnya, kelakuan guru itu melanggar Akta Hak Kanak-kanak Mendapat Pendidikan Percuma dan Wajib 2009 dan Peraturan Kakitangan Kerajaan (Tatatertib dan Rayuan) Uttar Pradesh 1999.

Suspek telah digantung tugas dan pejabat pendidikan diarahkan untuk mengemukakan laporannya  dalam masa 15 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI