fbpx

Lelaki tular enggan berhenti kereta dijel sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pihak polis terpaksa menggunakan helmet untuk memecahkan cermin kereta lelaki berkenaan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana enggan memberhentikan kereta sehingga memaksa polis memecahkan cermin minggu lalu, dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Fazreen Azmi, 26, setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menghalang seorang anggota polis iaitu Koperal Mohammad Hasrul Saadon daripada melakukan fungsi dan jawatannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Persiaran Gurney, Wangsa Maju, di sini, pukul 4.45 petang pada 24 Disember lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zuraidi Zulkifli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam P. Suthes merayu hukuman berbentuk denda ringan atas alasan tertuduh menanggung isteri serta dua anak berusia tiga dan enam tahun.

Minggu lalu, tular satu rakaman video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang anggota polis trafik memecahkan cermin sebuah pacuan empat roda menggunakan topi keledar selepas pemandu itu cuba melanggar pihak berkuasa yang menahannya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI