fbpx

Perlukan undang-undang elak ketirisan tatakelola AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha melawat reruai pameran pada majlis perasmian (InVENT), di UiTM Shah Alam, hari ini.- Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

SHAH ALAM – Dasar dan undang-undang diperlukan demi mengelakkan isu ketirisan tatakelola disebalik pemerkasaan dan penggunaan teknologi kecederasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan umum adalah meminimumkan risiko untuk mengenal pasti risiko yang berkaitan dengan impak AI ke dalam masyarakat dan kehidupan.

Katanya, perlunya kesedaran tentang sisi gelap AI dengan teknologi pemalsuan menghakis kepercayaan terhadap realiti digital seperti berita palsu yang mengubah persespi, mengancam integriti maklumat dan menimbulkan keraguan.

“Kini, semakin sukar untuk dibezakan antara yang sebenar dengan yang palsu di alam maya. Disebabkan oleh kesan AI, kita dengan mudah kehilangan keupayaan untuk mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

“Ringkasnya, impak positif yang tercetus dari AI juga datang bersama-sama dengan risikonya tertentu,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud sempena Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Keusahawabab dalam Perkomputeran, Kejuteraan dan Pendidikan Sains (InVENT) 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Anwar turut membangkitkan isu-isu fundamental terhadap AI perlu diselesaikan seperti jaminan perlindungan data, standard etika diperlukan untuk pembangunan dan penggunaan serta memastikan ia kekal mudah diakses dan adil untuk semua lapisan masyarakat.

“Hakikatnya, AI mempunyai potensi yang besar termasuk membantu kita mencari penyelesaian kepada cabaran dihadapi sama ada perubahan iklim, penjagaan, kesihatan atau pendidikan.

“AI bukan entiti terasing tetapi sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan menjadi tanggungjawab semua untuk memanfaatkannya sebaik mungkin,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi antara 20 negara teratas dalam teknologi AI.

“Kita telah bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI negara dari segi membina pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI termasuk membina sistem pengkomputeran awam AI di negara ini.

“Mengenai bidang kawal selia, Malaysia kini terlibat secara aktif dalam membentuk kerjasama ekonomi digital di peringkat ASEAN,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI