fbpx

Derma pesakit Palestin hanya melalui Mindef, HAT- Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) menasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kutipan derma khusus kepada pesakit Palestin yang sedang dirawat di negara ini.

Ini kerana kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya tidak pernah menggunakan mana-mana individu atau NGO untuk membuat kutipan derma untuk rakyat Palestin yang sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

Malah katanya, Mindef dan HAT mempunyai saluran sendiri untuk membantu kesemua 41 pesakit yang kini sedang mendapatkan rawatan di negara ini.

“Setahu saya kita tidak ada menggunakan atau menyokong mana-mana pihak (mengutip derma untuk pesakit Palestin). Sebab pihak kementerian dan Hospital Angkatan Tentera (HAT) sudah ada buka talian sendiri, jadi kepada sesiapa nak menyumbang boleh ke talian itu.

“Setakat ini itu sahaja (cara untuk memberi sumbangan) buat ketika ini. Kalau ada apa-apa Kementerian akan keluarkan kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak Mindef terlebih dahulu berkenaan sebarang kempen derma yang dilalukan mana-mana individu atau NGO.

“Kalau ada ada pihak yang kononnya (minta sumbangan) untuk mangsa Palestin yang sedang dirawat itu saya percaya minta semak dengan kita.

“Kita sangat mengalu-alukan orang nak tolong, tetapi tolonglah secara terus melalui talian yang kita (Kementerian) buka sahaja,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI