fbpx

Sejujurnya tak sanggup tengok jenazah Istiqomah – Suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. YUSOF

JOHOR BAHRU – Suami kepada Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi berat hati dan tidak sanggup melihat jenazah isterinya yang dibunuh kejam dengan keadaan anggota badan bercerai tidak sempurna.

Mohd. Yusof Mokhtar, 35, berkata, walaupun dengan berat hati, bapa kepada tiga anak itu reda untuk pergi ke hospital tersebut bagi menuntut jenazah isteri dalam keadaan tidak sempurna itu.

“Alhamdulillah, penantian saya berakhir setelah lapan bulan tak putus-putus ikhtiar mencarinya di merata lokasi.

“Walaupun dapat berita menyedihkan ini, kami sekeluarga reda dengan ketentuanNya. Setidaknya, ada juga kubur untuk saya dan anak-anak serta keluarga untuk ziarah nanti.

“Untuk lihat keadaan jenazah, sejujurnya saya tak sanggup, mungkin arwah pun tak nak saya lihat dia dalam kedaan seperti itu. Sebagai suami, saya reda dan ikhlas lepaskan arwah pergi, moga syahid buat bidadari syurgaku,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Yusof bersama ahli keluarga serta ibu bapa mentuanya bergerak menuju Hospital Melaka pada 8 pagi tadi bagi menuntut jenazah isterinya.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof memberitahu, jenazah isterinya akan terus dibawa pulang ke di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.

“Insya-Allah saya akan bawa balik ke Kelantan untuk dikebumikan. Jika sempat hari ini, kita akan kebumi hari ini juga, jika tidak, kita akan buat keesokan paginya,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI