fbpx

Peningkatan sehingga 100 peratus penggunaan air, elektrik ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zolkafly (kanan) merasmikan Kempen Bijak Guna Tenaga Dan Air Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Penggunaan sumber air dan elektrik melibatkan lebih 400,000 buah rumah di seluruh negeri Perak meningkat antara 40 hingga 100 peratus ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, kadar kenaikan tersebut dianggarkan antara RM100 hingga RM300 bagi setiap isi rumah berbanding sebelum pelaksanaan PKP.

“Penggunaan bagi lebih 400,000 buah rumah di Perak ketika ini jika dikira secara keseluruhannya mencecah RM60 juta setiap bulan.

“Jumlah tersebut adalah tinggi kerana berlaku peningkatan penggunaannya apabila ramai berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP dan ini tidak dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran Kempen Bijak Guna Tenaga dan Air Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kempen selama sebulan tersebut melalui platform melalui media konvensional dan media sosial itu diadakan bagi menggalakkan rakyat Perak menggunakan sumber air dan tenaga itu secara optima serta berhemah.

Tambah Mohd. Zolkafly, pihaknya mensasarkan untuk mengurangkan jumlah penggunaan tersebut sebanyak 25 peratus atau kira-kira RM15 juta selepas kempen ini dilancarkan.

“Dengan penjimatan 25 peratus itu, setiap isi rumah akan mempunyai lebihan dana untuk digunakan bagi membiayai kos kehidupan lain termasuk membeli keperluan dapur.

“Ia secara tidak langsung menyumbang kepada penjagaan alam sekitar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI