fbpx

Dulu banduan, kini usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zawawi (dua dari kiri) menerima sumbangan peralatan katering daripada Abdul Aziz (dua dari kanan) di Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Pengalaman menghuni tirai besi telah menginsafkan seorang pemuda agar mengubah nasib diri selain mensyukuri nikmat hidup bebas.

Zawawi Abdullah, 36, pernah dihukum penjara selama dua tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2017.

Menurut Zawawi, selepas tamat menjalani hukuman, dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang tafsir al-Quran.

“Saya berhijrah ke Ipoh dan bekerja di dewan makan sebuah sekolah berasrama sebelum menerima tender untuk menguruskan kantin sekolah.

“Bermula dari situ saya melihat potensi untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang pembuatan makanan seperti menghasilkan dodol dan rendang Tok,” ujarnya.

Zawawi ditemui selepas menerima sumbangan peralatan katering bernilai RM5,000 yang disumbangkan Persatuan Sahabat Penjara Malaysia di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.

Antara diterima ialah mesin membuat dodol, peti ais, dapur gas dan periuk nasi.

Tambah Zawawi yang berasal dari Kemaman, Terengganu, dia juga merancang untuk bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi memperluaskan pasaran pada masa hadapan.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu, sehingga kini seramai 25 orang bekas banduan dibantu menerusi dana  Persatuan Sahabat Penjara Malaysia.

Katanya, kebanyakan mereka kini menceburi bidang keusahawanan seperti penternakan, pembuatan biskut dan katering.

“Bantuan yang diberi ini adalah sebahagian daripada sokongan kita kepada bekas banduan berdasarkan kriteria tertentu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI