fbpx

Warga asing pertaruh nyawa sembunyi belakang tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JIM Johor memeriksan dokumen warga asing dalam Op Sapu di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Seorang warga asing sanggup mempertaruhkan nyawanya bersembunyi disebalik tingkap sebuah rumah kedai dalam usaha untuk melarikan diri daripada diberkas dalam Op Sapu di bandar raya ini, kelmarin.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu tidak berhasil apabila dia antara 35 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di sembilan premis yang juga rumah kongsi dan rumah kedai dalam operasi bermula pada pukul 12.30 tengah malam.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 14 wanita warga Indonesia, tiga lelaki dan seorang wanita warga India, seorang lelaki warga Myanmar dan seorang lagi lelaki warga Pakistan.

“Semua yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 60 tahun,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, semua warga asing yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Tindakan penguatkuasaan diambil berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya, selain aduan awam mendakwa terdapat warga asing yang tidak memiliki pas atau permit sah untuk tinggal di Malaysia serta tinggal lebih masa.

“Kita akan terus aktif memerangi dan membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri ini dan tidak akan berkompromi dengan pemilik premis serta individu yang membenarkan migran haram tinggal di mana-mana premis serta melindungi Pati,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI