fbpx

Dua gelandangan peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Adam dan Hawa mengucapkan dua kalimah syahadah di Pusat Gelandangan Dapur Kausar, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Dua gelandangan memilih memeluk Islam selepas beberapa kali menyertai kelas agama yang dianjurkan di Pusat Gelandangan Dapur Kausar, Jalan Kapitan Tam Yeong dekat sini.

Lee Yuen Choy, 55, atau menggunakan nama Islamnya, Muhammad Adam Abdullah dan Lee Lai Phang, 56, atau Hawa Abdullah melafazkan dua kalimah syahadah dihadapan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Shasainie Siau Abdullah.

Menurut Muhammad Adam, penghijrahannya itu disifatkan sebagai satu rahmat kerana berasa tenang selepas menyertai kelas mengaji yang dianjurkan di pusat gelandangan berkenaan.

“Sebelum ini, saya pernah bekerja bersama rakan-rakan Melayu dan melihat mereka bersolat namun pada masa itu tidak fikir lagi untuk memeluk Islam.

“Bagaimanapun, sejak saya menjadi gelandangan saya banyak menghabiskan masa di pusat ini dan menyertai kelas mengaji selama lebih sebulan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Muhammad Adam berkata, dia kini sudah memasuki kelas mengaji dan mahu mempelajari cara bersolat selepas ini.

“Kini, saya akan meneruskan kelas mengaji dan akan mempelajari cara bersolat. Saya berharap dapat mendalami agama Islam dengan lebih dekat,” katanya.

Bagi Hawa pula, minatnya terhadap Islam timbul selepas seronok melihat rakan-rakan gelandangan lain menyertai kelas mengaji.

“Saya amat seronok melihat rakan-rakan lain di sini kemudian timbul minat untuk belajar dan akhirnya memilih untuk masuk Islam pada hari ini.

“Sejak saya tinggal di sini saya menerima didikan daripada rakan-rakan Melayu yang lain jadi selepas ini akan terus mendalami agam ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Dapur Kausar, Azlin Ali berkata, buat pertama kali, terdapat dua gelandangan yang dibantu telah melahirkan rasa minat untuk memasuki Islam di pusat berkenaan.

“Mereka memberitahu saya mereka ingin mendalami agama Islam jadi saya ada memberi pendedahan sedikit selain memberi mereka peluang menyertai kelas agama yang diadakan di pusat gelandangan ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI