fbpx

Wanita maut akibat lori buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

KUALA LANGAT – Tindakan sebuah lori yang membuat pusingan U sesuka hati menyebabkan seorang wanita maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Klang-Banting-Port Dickson, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa, Nur Ariany Syahira Mohd. Syahir, 20, yang cedera di kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan ke Klang dari Telok Panglima Garang.

Katanya, sebaik tiba lokasi kejadian dikatakan lori berkenaan telah melakukan pusingan U apabila lampu isyarat berwarna hijau walaupun kawasan tersebut tidak dibenarkan melakukan demikian.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz dari arah belakang kemudiannya telah melanggar bahagian tengah lori tersebut.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia pukul 12.32 tengah malam tadi ketika menerima rawatan kecemasan di HTAR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, pemandu lori tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, Kamalariffin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-1853 9115.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI