fbpx

50 banduan lokap IPD Kulai dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan.

KULAI – Sudahlah dipenjara, dikuarantin pula. Itu nasib dialami seramai 50 tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini selepas dua tahanan didapati positif Covid-19 minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selain itu, dua anggota turut diberikan arahan kuarantin kerana menjadi kontak rapat pesakit terbabit.

Jelasnya, keadaan bagaimanapun terkawal dan IPD berkenaan beroperasi seperti biasa.

“Minggu lalu, dua tahanan di lokap IPD Kulai dilaporkan positif Covid-19. Sehubungan itu seramai 50 banduan telah menjalani ujian saringan swab test dan kini dikuarantin.

“Turut dikuarantin adalah dua anggota polis yang bertugas di lokap berkenaan dan merupakan kontek tahanan positif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, dua tahanan yang positif telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI