PETALING JAYA – Aksi perlawanan Liga Super melibatkan Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT di Stadium Perak, Ipoh terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan cuaca hujan lebat sebentar tadi.
Terdahulu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam itu ditangguhkan selepas hujan berterusan dengan kedua-dua pasukan hanya sempat beraksi selama tiga minit.
Situasi itu menyebabkan permukaan padang di Stadium Perak hampir bertakung dengan air hujan.
Setelah hampir sejam menunggu dan semakan dari pihak komisier perlawanan, keputusan untuk menunda aksi telah dibuat ke satu tarikh baharu yang bakal ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kemudian.
Situasi itu menyaksikan JDT kekal mendahului Liga Super dengan 22 mata selepas mengharungi lapan perlawanan. – KOSMO! ONLINE